Penemuan Baru Mempertingkatkan Pengetahuan Kita Tentang Imunit
Englsih---
Chinese
---
Japanese
----
Français
---
Español
---
Italiano
---
Deutsch--
Portugues
---
Nederlands---
Polish
---
Russian
Pengetahuan tentang transfer factor wujud disebabkan usaha perintis imunologi Dr. H. Sherwood Lawrence. Dalam tahun 1949, Lawrence menemui bahawa dengan menyuntik ekstrak leukosit daripada seseorang yang pernah dijangkiti tuberkulosit daripada seseorang yang pernah dijangkiti tuberculosis pada seseorang yang masih belum dijangkiti, imuniti diberikan kepada penerima tersebut, mengelakkannya daripada terkena jangkitan. Dr. Lawrence menamakan ekstrak tersebut transfer factor dan kemungkinan untuk berkongsi imuniti semula jadi antara sesama manusia dan juga di antara haiwan dan manusia menjadi suatu kenyataan.Bukti pertama potensi pengaktifan sel imun dalam jangkitan, kawalan tumor/ Ia juga dikenali sebagai versi semulajadi sistem imun melawan didikan. Bertahun-tahun yang lalu, ahli sains menganggap bahawa sel pembunuh semulajadi adalah alat yang lancing dalam sistem pertahanan imun badan. Wujud untuk membunuh, sel-sel ini dianggap bergerak terus dari sumsum tulang, di mana ia dihasilkan, ke dalam darah, beredar dari sana lalu menyusup masuk ke tapak tumor awal atau agen jangkitan dalam badan.
Transfer factors ialah molekul semula jadi mikroskopik yang berada dalam jasad semua haiwan. Ia adalah pengutus, menghantar maklumat imuniti tentang kehadiran suatu ancaman imun - Sama ada luaran atau dalaman, dan cara untuk bertindak dengan betul, dari satu sel imun ke sel imun yang lain.
Penemuan Baru Mempertingkatkan Pengetahuan Kita Tentang Imuniti
Richard Bennett, Ph.D.
Sains Hayat GunaanPada ketika sains masih lagi mula memahami cara transfer factor bertindak dalam komunikasi kompleks sistem imun, orang ramai di seluruh dunia sedang menikmati faedah kesihatan dan fungsi sistem imun yang bertambah baik daripada molekul-molekul yang menakjubkan ini. Usaha ramai penyelidik menunjukkan bahawa transfer factor mendidik dan mempertingkatkan fungsi imunologi. Kemuncak usaha ini mendokumenkan bahawa aktiviti sel pembunuh semula jadi (NK – natural killer) limfosit dengan nyata meningkat setelah satu denyutan transfer factor.
Secara asasnya, transfer factor adalah molekul maklumat sistem imun. Dalam sebahagian kecil transfer factor, peptida (jujukan asid amino), identiti molekular suatu virus, bakteria atau patogen lain terkod. Di tahap molekul, ini sama seperti meninggalkan acuan tapak kaki pada pasir basah; kesan itulah transfer factor.
Apabila sistem imun melihat “tapak kaki” ini, ia menyambarnya, memproses dan memberikannya kepada sel imun tidak berkomitmen atau belum matang yang tidak mempunyai tapak kaki mereka sendiri. Dalam proses menyambar dan memberikan maklumat ini, banyak sitokin dirembeskan ke dalam kawasan berdekatan. Secara tepat, sitokin interleukin 12 (IL-12) dan interleukin 2 (IL-2) menyediakan keterujaan dan peningkatan am bagi semua sel imun dan sel NK khususnya.
Transfer factor untuk penggunaan komersial pada mulanya diambil daripada kolostrum lembu tenusu. Dengan penemuan berikutnya, iaitu transfer factor dalam kuning telur ayam, sains melangkau jauh dalam kemajuan transfer factor yang disasarkan untuk organ tertentu. Apabila ayam bertelur, ia telah menjadi sumber penting untuk transfer factor.
Idea untuk menggabungkan transfer factor kolostrum bovin (lembu) dan transfer factor avian (ayam) berasal daripada tanggapan bahawa dua sumber transfer factor daripada spesies berbeza mungkin dapat memberikan jujukan identiti mikrob yang lebih lebar, terkod dalam transfer factor untuk mendidik sistem imun secara sinergi.
Untuk menguji bahawa gabungan transfer factor mungkin mempertingkatkan lagi fungsi imun, ahli-ahli sains telah menggunakan cerakin sel NK. Cerakin sel NK adalah ujian terbaik yang ada pada ketika ini untuk menilai fungsi imun. Cerakin NK menggunakan limfosit hidup dalam keadaan in vitro, atau makmal. Dengan menggunakan cerakin ini, para penyelidik telah dapat menentukan gabungan tepat transfer factor bovin dan avian yang prestasinya jauh lebih baik daripada gabungan lain. Hasil kajian mengatasi jangkaan para penyelidik dan memberikan pemahaman yang mendalam dan penting, terutamanya nyata sekali gabungan tersebut bekerja secara sinergi.
Cara Kerja Sel Pembunuh Semula JadiSebelum membincangkan ujian tersebut, perlulah difahami fungsi sel NK dalam sistem imun. Ahli sains dan pakar perubatan di seluruh dunia, baru sahaja mengiktiraf kuasa sel NK untuk mengawal jangkitan virus dan tumor. Mereka menggunakan beberapa pemodulat imun untuk cuba mempertingkatkan fungsi imun. Banyak sekali kajian yang menunjukkan dengan jelas bahawa sel NK boleh dan sememangnya mengawal dan membantu membendung pelbagai jenis kanser dan sel yang dijangkiti virus.
Sel NK adalah sejenis limfosit yang unik kerana ia tidak memerlukan asas atau didikan untuk berfungsi sebagaimana diperlukan oleh limfosit-T dan -B. Sel NK mempunyai kemampuan untuk mengenal pasti keasingan. Tisu yang dipindahkan secara pembedahan kerap kali ditolak oleh sel NK kecuali jika “keserasian” tisu tersebut amat baik dan ubat penindas imun tertentu diberikan. Suatu sel yang telah diubah menjadi tumor atau sel yang telah dijangkiti oleh virus mungkin kehilangan ciri asalnya dan kelihatan asing kepada sel NK.
Sel NK mengawal semua sel dalam badan dan membuat hubungan fizikal dengan "kucupan NK." Jika kucupan tersebut menunjukkan bahawa sel tersebut okey dan bukan asing, sel tersebut dibebaskan. Jika kucupan menunjukkan bahawa sel tersebut adalah tumor atau sel tersebut telah dijangkiti virus, kucupan yang diberikan adalah kucupan maut dan dua jenis toksin yang dikeluarkan oleh sel NK akan memusnahkan sel tersebut.
Sebelum ini, sel NK dianggap sebagai imuniti jenis primitif. Kini amat jelas bahawa sel NK adalah "pin agung" sistem imun dan mempunyai pengaruh amat besar terhadap banyak sekali fungsi imun. Maka, sel NK berfungsi tinggi mempunyai banyak peranan penting dalam mengekalkan fungsi dan imbangan imun yang optimum.
Mengukur Aktiviti Sel NKSel darah putih daripada penderma yang sihat menyediakan sumber limfosit untuk cerakin. Sampel tidak bertanda yang mengandungi beberapa kombinasi berbeza transfer factor yang berasal daripada kolostrum lembu dan kuning telur ayam diinkubasikan dengan sel NK selama pelbagai tempoh masa sehingga takat masa 48 jam untuk mengenal pasti nisbah gabungan yang poten. Kuantiti sel NK yang diketahui ditambahkan ke dalam perigi kecil mengandungi sel kanser hidup. Sel-sel kanser tersebut adalah sasaran untuk sel NK. Sejenis pewarna yang boleh diukur secara elektronik digunakan untuk memberi tanda apabila sel kanser dilisis, atau dibunuh. Ini membenarkan pengukuran objektif tindakan sel NK. Ujian ini kemudiannya menentukan jumlah sel kanser sasaran yang dimusnahkan oleh sel NK. Peratusan lisis sel (CL – cell lisis) adalah suatu ukuran yang penting.
Keputusan: Formula Lanjutan Transfer factor 4Life dan Transfer factor 4Life PlusUjian sel NK untuk gabungan Transfer factor avian/bovin 4Life dan gabungan Transfer factor 4Life Plus menunjukkan gabungan optimum yang mendorong sel NK untuk membunuh 69 dan 97% daripada sel kanser, masing-masing (Rajah 1). Ini mewakili pertambahan 283 dan 437% ke atas garis dasar, atau fungsi sel kawalan NK, yang mana tiada Transfer factor telah ditambahkan. Untuk terus mengesahkan ujian tersebut, makmal menggunakan kawalan positif. Dalam kes ini, kawalan positif tersebut adalah pengantara fisiologi imun poten dinamakan interleukin 2 atau IL-2. Interleukin 2 secara khusus merangsang tindakan sel NK dan, apabila digunakan dalam bentuk drug, ia dikenali sebagai suatu standard untuk sesetengah jenis penyelidikan kanser. Dalam cerakin sel NK, IL-2 memberikan pertambahan sebanyak 88% dalam lisis sel. Perkara yang mengagumkan adalah prestasi Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus jauh lebih baik daripada kawalan positif dan telah digelar oleh para penyelidik tersebut sebagai "interleukin emas".
Rajah 1: Lisis Sel (% sel dibunuh)Question about Transfer Factor? or call me at 603-90765762 - mobile: 0122080219
Interleukin 2 digunakan dalam bidang perubatan untuk pesakit kanser tertentu. Ia digunakan dengan harapan agar dapat meningkatkan fungsi sel NK dan memperbaiki hasilnya. Malangnya, IL-2 bersifat eksperimental, amat mahal dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang agak toksik apabila diberikan kepada pesakit. Kedua-dua kajian makmal dan pengalaman manusia menunjukkan bahawa Transfer factor 4Life dan Transfer factor 4Life Plus adalah tidak toksik dan diterima dengan baik oleh kedua-dua haiwan dan manusia. Lebih daripada mungkin, kedua-dua produk ini bekerja bersama-sama untuk merangsang pengeluaran semula jadi pemodulat imun seperti interleukin.
Dalam ujian makmal, gabungan dengan prestasi tertinggi juga telah menunjukkan beberapa maklumat baru yang penting. Gabungan Transfer factor 4Life menuruti keluk gerak balas-dos klasik. Secara yang mudah, ini bermakna terdapat dos gabungan yang memberikan gerak balas optimum. Dos yang lebih kecil memberikan gerak balas yang lebih rendah tetapi sebaliknya dos yang lebih tinggi tidak memberikan faedah tambahan. Kebanyakan nutrisi tambahan dan juga ubat-ubatan preskripsi berfungsi dengan cara gerak balas-dos klasik.
Ditunjukkan dalam Rajah 2 data sebenar daripada gabungan dengan prestasi tertinggi. Maklumat yang agak kompleks ini memberikan ahli sains keyakinan terhadap cerakin sel NK dan ia menggambarkan ciri gerak balas-dos gabungan Transfer factor 4Life.
Rajah 2: Lisis Sel NK Bagi Sel Sasaran; Inkubasi 48-Jam
or call me at 603-90765762 - mobile: 0122080219
4Life Transfer Factor Plus Advanced Formula
Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus meningkatkan lisis sel sebanyak 437%, peratusan itu hampir 450%, nilai maksimum yang boleh diukur oleh cerakin ini. Cara kombinasi bahan ini bekerja tidak begitu jelas, namun demikian komponen-komponen tersebut adalah bahan penyelidikan aktif yang dilakukan oleh ahli imunologi molekul.
Komponen tambahan dalam Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus mungkin dapat menjelaskan kewujudan gerak balas yang lebih hebat berbanding dengan IL-2. Polisakarida kompleks yang berasaskan tumbuhan, seperti manin dan glukan, mempunyai kemampuan untuk berinteraksi dengan reseptor khusus yang terdapat dalam sel sistem imun yang lain. Makrofaj dan sel pemprosesan antigen (APC - antigen processing cells) diaktifkan dengan kehadiran bahan-bahan tumbuhan tersebut. Kepada sel-sel tersebut, ia kelihatan seperti produk bakteria atau yis. Interaksi tersebut menyebabkan lebih banyak pengeluaran sitokin yang merangsang. Oleh itu, kedua-dua sumber rangsangan bersinergi untuk memberikan fungsi sel NK yang tinggi.
Rangsangan imun jenis ini amat diidamkan, kerana daripada kajian terbaru didapati bahawa sistem imun yang terangsang adalah suatu sistem imun yang berfungsi tinggi dan seimbang. Konsep keseimbangan mempunyai implikasi yang amat hebat bagi mengawal aturkan fungsi imun yang telah tersalah jalan.
Rajah 3 adalah suatu garis masa bergaya tentang gerak balas imun terhadap jangkitan virus. Dalam masa satu hari selepas jangkitan virus yang baru, sitokin mula bertindak dan tidak lama selepas itu, aktiviti sel NK meningkat dan memuncak. Di puncak ini, jumlah muatan virus mula mendatar total viral load plateaus. Ia mendatar disebabkan tindakan sel NK membunuh sel yang dijangkiti virus dan memberhentikan replikasi virus. Kini amat jelas bahawa fungsi sel NK yang cepat dan efektif amat kritikal dan ia menentukan kesudahan dan tempoh sesuatu penyakit.
Rajah 3: Garis Masa Gerak Balas Imun
Sumber: Nick Holmes, Ph.D., Bahagian Imunologi, Jabatan Patologi, University of Cambridge
Implikasi KesihatanMenambahkan kefungsian dan kewaspadaan imun kini dapat dilaksanakan di tahap yang tidak diketahui kurang daripada sedekad yang lalu. Paradigma telah beranjak, kerana kita mempunyai kemampuan untuk mengubah puncak aktiviti sel NK beberapa hari lebih awal, dan bukannya beberapa jam lebih awal. Implikasi yang menakjubkan adalah dengan fungsi sel NK yang bertambah baik, jangkitan tanpa penyakit mungkin sahaja berlaku, seperti pengecaman dan pemusnahan tumor sebelum tumor tersebut dikenal pasti sebagai suatu penyakit.
Selama ini peluang mencegah penyakit kelihatan agak kabur, dengan pengecualian aplikasi beberapa vaksin. Kemampuan untuk memperbaiki fungsi imun dengan selamat dan tidak mahal menjadikan harapan ini tidak lagi kelihatan begitu kabur. Pencegahan adalah jawapannya dan boleh digunakan oleh semua orang melalui transfer factor.
Question about Transfer Factor? or call me at 603-90765762 - mobile: 0122080219
![]()
![]()
Holistic Health Care for People and Animals
ShirleysWellnessCafe.com (aka: MyWellnessHouse.com)The Shirley's Wellness Cafe's website is personally designed and maintained by Shirley Lipschutz-Robinson. This website (and all webpages associated with it) is copyright © protected 1996 - 2006. All rights reserved.
- Holistic Animal Health & Optimum Pet Nutrition
- Natural Health for Children
- Natural Health for Women
- Natural Health for Men
- Natural Health for Diabetes
- Health Issues: Consumer Alert!
- Alternative Cancer Therapies
- Natural Herbal ANTIBIOTICS
- What is Homeopathy?
- Urine therapy: medically proven natural cure
- Raw Food & Juice Therapy
- Therapeutic Fasting
- Healing with Herbs & Other Natural Remedies
- Water: the great healer
- Amazing healing power of clay
- Bee Pollen's Medical Miracles
- Marine plants to enhance health
- Guide to natural treatments for Fibromyalgia
- Immune system: the body's defense department
- Sunlight to restore health
- Cayenne Pepper: the great healer
- Wheatgrass juice: nectar of health and rejuvenation
- Healing Earth: Fulvic Acid & Shilajit
- A healing crisis: what is it?
- Transfer Factor for people and animals
- Emotional Freedom: overcoming stress naturally
- Overcoming The Sugar Blues & Getting Off Prozac
- Healing shingles/herpes zoster naturally and rapidly
- Flaxseed Oil The Wonder Healer
- Bad Cholesterol: A Myth and a Fraud! Fats that Heal, Fats that Kill!
- Salt Deficiency: the cause of many serious disease
- Radiant, healthy skin: the natural way
- Dangers of Modern Medicine: Iatrogenic Diseases
- Healing asthma: a drugless approach
- Healing eczema: a drugless approach
- Healing psoriasis: a drugless approach
- Parasites Infections: Symptoms and Natural Treatment (humans & pets)
- Basic Healing Principles
- AIDS/HIV/AZT: truth behind the propaganda
- The bitter truth about nutrasweet
- Canola oil: how toxic is it?
- Bovine Growth Hormones in your milk
- Beware of Genetically Engeneered Foods
- Radiation Emergencies: Protecting The Thyroid Gland
- Weight Loss: natural and healthy solutions
- West Nile Virus - what the media won't tell you
- About the author of this website
- Vaccines:
- Vaccines Overview/Index
- Vaccines and Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)
- Shaken Baby Syndrome or Vaccine-Induced Encephalitis?
- Misdiagnosed Shaken Baby Syndrome: A Criminal Consequence of Vaccine Injury
- AUTISM: is there a vaccine connection?
- Criminal Consequence of Vaccine Injury
- Anthrax Vaccine Facts & Gulf War Syndrome
- Government Enforced Vaccinations: Vaccination Tracking Registry
- How To Legally Avoid Unwanted Immunizations Of All Kinds
- Vaccine Support Groups & Organizations
- Animals: chronic dis-ease caused by vaccines
- Nosodes: alternative to conventional vaccines
- Library: Vaccine Controversy books
.
- Holistic Children's Health :
- Holistic Pediatrics (general)
- Nutrition for Babies & Children
- Attachment Parenting
- Ear infections: alternative to tubes and antibiotics
- Childhood vaccinations: are they really safe and effective?
- Sudden Infant Death Syndrome: astonishing facts
- Autism: is there a vaccine connection?
- The Circumcision Decision: what I wish I had known...
- Understanding your baby's needs
- Natural Birth & Home Birth
- Ritalin Free Kids: Helping Children, Not Drugging Them
- Homeopathy for Children & Infants
- Forced Drugging of Children -Parents facing jail over compulsory drug orders.
- No longer blind: the story of Shirley's baby born blind & brain-injured
- Holistic Animal health
- Do You Really Know What's In Your Pet's Food? by Dr. Jane Bicks DVM
- Why RAW food?
- Food Unfit For Pets
- All Natural Healthy Pet Food
- Animal Nutritional Therapy
- Natural Animal Health
- Homeopathy for animals
- Pet Allergies: non toxic natural solutions
- Rearing healthy pups & kittens
- Saving Shasta's life: a holistic approach
- Sample RAW pet food recipes
- Toxic environment and your pet's illness
- Alternative to antibiotics
- Testimonials of amazing animal healing
- Preventing & Healing Animal Cancer without drugs or surgery
- Holistic Health for Horses
- Feline Holistic Health
- Natural diet for pet birds
- Vaccinosis: chronic dis-ease caused by vaccines
- Nosodes: alternative to conventional vaccines
- List of holisitic veterinarians
- Managing flea bites and hotspots naturally
- Improving your animal's health with kelp
- Books & video: holistic animal health